Terdapat beberapa cara untuk membeli saluran dan pek prabayar.
Aplikasi My NJOI
Langkah 1: Lancarkan aplikasi My NJOI
Langkah 2: Pilih hiburan yang ingin dibeli dan tekan BELI
Langkah 3: Pilih tempoh (jika ada) dan cara pembayaran
NJOI WhatsApp
Langkah 1: Hantar Hi ke NJOI WhatsApp (03 9543 8100)
Langkah 2: Pilih "Beli Pek"
Langkah 3:
Pilih pek pilihan anda, ikut arahan yang diberikan dan pilih kaedah
pembayaran pilihan anda untuk melengkapkan transaksi.
Peruncit sah terdekat
Pergi ke peruncit sah dan beritahu penjual nama saluran/pek prabayar yang ingin dibeli.
Pembelian saluran/pek prabayar anda boleh dinikmati dalam masa 10 minit selepas menerima pengesahan.