Adakah baki NJOI Kredit akan luput?
Kredit Utama
NJOI Kredit Utama mempunyai tempoh 90 hari dari tarikh tambah nilai sebelum ia luput. Apabila sudah luput, nilai kredit itu tidak boleh digunakan. Menambah nilai sebelum tarikh luput baki kredit akan memperbaharui tarikh luput kredit dan memberi 90 hari tambahan daripada tarikh tambah nilai.
Kredit Bonus
NJOI Kredit Bonus sah selama 30 hari dari tarikh ia diberikan. Sebarang Kredit Bonus baharu yang diberikan sebelum tarikh luput akan melanjutkan tempoh sah keseluruhan baki Kredit Bonus selama 30 hari lagi dari tarikh Kredit Bonus terkini diberikan. Setelah tamat tempoh sah, sebarang Kredit Bonus yang tidak digunakan tidak lagi boleh digunakan.